Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

DOA AWAL TAHUN

~ Doa Awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini syaitan berkata
" Telah amanlah anak Adam in daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan 2 malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan "



Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu ‘ala sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma maa ‘amiltu fi haadzihis-sanati mimmaa nahaitani ‘anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halamta ‘alayya ba’da qudratika ‘alaa uquubati wa da’autani ilattaubati minhu ba’da jur’ati alaa ma’siyatika fa inni astaghfiruka fagfirlii wa maa ‘amiltu fiihaa mimma tardhaahu wa wa’adtani ‘alaihits-tsawaaba fas’alukallahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal ikram an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha’ rajaai minka yaa karim, wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadin Nabiyyil ummiyyi wa ‘alaa ‘aalihii wa sahbihii wa sallam

DOA AKHIR TAHUN

~ Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijah.  Sesiapa yang membaca doa ini syaitan berkata,
" Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah binasakan aku pada satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.



Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa ‘aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwalu, wa ‘alaa fadhlikal-’azhimi wujuudikal-mu’awwali, wa haadza ‘aamun jadidun qad aqbala ilaina nas’alukal ‘ishmata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa’ihi wa junuudihi wal’auna ‘alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu’i wal-isytighaala bimaa yuqarribuni
ilaika zulfa yaa dzal-jalaali wal-ikram yaa arhamar-raahimin, wa sallallaahu ‘alaa sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ‘alaa ‘aalihi wa shahbihii wa sallam

Ertinya :

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.
** Semoga pada tahun baru ini kita sama2 dapat memperbaiki & meningkatkan amal ibadah juga menjadi manusia yang lebih baik.. Insyaallah..


Thursday, November 24, 2011

Kini Wanita Pun Boleh Kencing Berdiri..

Haaa... tak agak2kan tajuk besor aku tu?? Korang boleh pikir x kalau kita orang pompuan ni nak kencing berdiri?  Alamatnya bercecer2 la air kumbahan korang tu.. tapi.... dengan adanya benda alah ni, korang buleh kencing sesuka ati tanpa batasan, samada tepi jalan kat highway ( kalau agak2 tak tahan ), tepi longkang umah orang ( kalau malu nk pinjam toilet ) atau kat mana2 je korang nak lepas hajat..
-

-

-

-

-

-

-

-
-

-

Taraaaaa...



Ni lah benda alah untuk wanita kencing berdiri.. Rupa dia lebih kurang cencorong minyak skit kan?? Korang tergamak x? Aku..?? oh! no no no.. NEVER!

HUKUM KENCING BERDIRI

~ TIDAK diharamkan seseorang kencing berdiri, terutamanya apabila adanya keperluan. Namun begitu kencing secara duduk itu adalah sunat kerana itulah kebiasaan yang dilakukan oleh Nabi S.A.W. berdasarkan hadith daripada ‘Aisyah R.A.:  

مَنْ حَدّثَكُمْ أنَّ النَّبِيَّ صَلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَبُوْلُ قَائِمًا فَلَا تُصَدِّقُوْهُ ، مَا كَانَ يَبُوْلُ إلَّا قَاعِداً

 

~ Maksudnya: “Sesiapa yang menceritakan kepada kamu yang Nabi S.A.W. pernah kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya, tidaklah baginda kencing melainkan dengan duduk.” (HR al-Tirmizi, dan beliau berkata: “Hadith ini adalah yang paling sahih di dalam bab ini. Hadith ini juga di sahihkan oleh al-Albani di dalam sahih Sunan al-Tirmizi)
 
~ Lajnah Daimah 5/88 (Badan Tetap Fatwa Arab Saudi) apabila ditanya tentang hukum kencing berdiri, mereka menyatakan keharusannya sambil menegaskan sunatnya kencing secara duduk dengan berdalilkan hadith di atas. Seterusnya mereka menyebut:
 
~ “Ini disebabkan (kencing secara duduk itu) ianya lebih terlindung dan lebih terpelihara daripada terkena percikan kencingnya. Telah diriwayatkan hadith tentang keringanan kencing secara berdiri dengan syarat selamat daripada terkena percikan kencing pada pakaian dan badan, dan selamat dari terdedah aurat. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Huzaifah R.A. daripada Nabi S.A.W.:
 
 أنَّهُ أَتَى سُبَاطَةَ قَوْمٍ فَبَالَ قَائِماً 
 
~ Maksudnya: “Adalah baginda (S.A.W.) mendatangi kebun milik satu kaum, lalu baginda kencing secara berdiri.”  
   
~ Hadith ini dengan ucapan ‘Aisyah di atas tidak saling menafikan antara keduanya, ini kerana dari dua hadith di atas dapat difahami Nabi S.A.W. kencing berdiri disebabkan tenpat tersebut tidak memungkinkan baginda duduk atau boleh juga difahami hadith daripada Huzaifah itu menjelaskan kepada orang ramai yang kencing berdiri itu bukanlah suatu perbuatan yang haram. Di samping itu hadith Huzaifah juga tidak menafikan yang asal hukum kencing adalah seperti yang dinyatakan oleh ‘Aisyah R.’anha yang Nabi S.A.W. kebiasaannya kencing secara duduk, dan kencing secara duduk itu adalah Sunnah Nabi S.A.W. yang bukan wajib yang menjadikan haram jika kita tidak melakukannya.”
   
Wallahu a’lam. 

Harimau Sudah Membaham Garuda!


Tahniah diatas kejayaan skuad Harimau Muda Malaysia kerana berjaya menumpaskan si Garuda Indonesia pada perlawanan yang berlangsung semalam di Stadium Utama Bung Karno. Tentunya semua rakyat Malaysia sangat bangga dengan pencapaian mereka memperolehi pingat emas untuk sukan bolasepak Sukan Sea kali ini.. Wahh, sangat formal ye! aillike.. Tentu2 penyokong2 Indonesia makan ati tengok gambar kat atas ni, tp nasihat aku xpayah la makan ati sangat sebab dah terbukti skuad bolasepak Malaysia memang power. Kalau x sedangkan Indonesia boleh tumpas 2 kali dengan Malaysia di gelanggang sendiri.. kau ade?? xde kan?? lempang diri sendiri sekarang cepat!!

Ni antara gambar2 yg aku curik (ampun) dari FB KELAB PENYOKONG SKUAD HARIMAU MALAYA

Kapten Skuad Harimau Muda
Awesome Baddrol

Comel budak Fandi ni.. huk huk

The Great Defender
Muslim 
(pon cute gak..lalala)

Antara penyokong yg menunggu di LCCT

Nahh! amik.. aku bg gambar besor kat korang..
Goalkeeper yg menjadi igauan wanita
kecuali aku.
hahaha.
U did a very good job 
Mr.Apex

Once again Tahniah buat Skuad Harimau Muda Malaysia. Pedulikan kata2 kesat, caci hamun, carut marut penyokong2 indon yang tak bertamadun & tak bermaruah tu. Balanya, 2 orang penyokong mereka maut di stadium & 7 orang lagi cedera. Harap penyokong2 indon lepas ni mengambil iktibar dari kejadian semalam. Apapun yang korang katakan MALAYSIA TETAP HEBAT!! Thats why WE MALAYSIAN LOVE MALAYSIA SO MUCH.. Thanks to all Malaysian jugak yang mendoakan kejayaan skuad bolasepak kita.. Yeayy.. Alhamdulillah..


hahaha.. untuk sesiapa pun yg buat benda alah ni aku ucapkan syabas!










Thursday, November 10, 2011

RUMAH HANTU..


Rumah Hantu.
*heee heee heee*
seram x? 
*wt la bunyi seram korg sndiri*
Habuk berkilo2, sarang labah2..
Hantu setan sure ramai berkampong kt sini.
Akhirnya aku berjaya hapdate blog pkai bb. Yeayyy!!
Atleast kalau kemalasan tahap kronik still boleh hapdate blog
yg ntah pape ni.
Boleh ar aku merapu kat sini.
Rasa mcm genius ahhh  pandai hapdate blog 
pkai bb..
cheewwaaah
Sila muntah hijau.

Sekian.

Test test test

Testing hapdate blog using my bb! Hopefully menjadi la.. Klu berjaya senang nk hapdate slalu sbb aku org paling malas nk mengadap lappy.. Big boss! Ipad satu! Erkk.. Lempang diri sendiri laju2.. Nway today is my Birthday.. Ucap Selamat Hari Jadi untuk diri sendiri cepat! Baik baik.. Hepi bday Diana ☺

Thursday, July 21, 2011

Layan Perasaan.. Annissa oh!

Salam sume..
Fuhh.. kena sapu2 habuk kt blog aku ni..
Manusia paling malas nk hapdate blog
AKU!

xde ape nk tulis pon..
Lately
juz layan perasaan tengok drama
ANNISSA
Ade sape2 tengok x?
Aku xleh la tengok citer cmni..
Emo sehhh!
Mane taknya??
Besfren sendiri kebas laki kita weii..
Huhh..
Malam ni last episode 
so 
aku memang xsabar nk tau endingnya caner.
Poor u Anna :(


p/s : citer ni adaptasi dari novel gak ke? sape tau angkat tangan???

Wednesday, June 15, 2011

Happy Birthday Mr. Hisyam..


Happy Birthday Sweetheart
 
Stay Handsome
Stay Young
Stay Free Hot!!
 
I Love U So Very Much
xoxo

*birthday boy*
boy ke?? huk hukk


Tuesday, June 14, 2011

BLANK BLANK!

Salam
Aku xde idea.
Kadang2 heran..
Caner ade orang ari2 boleh hapdate blog?
Xde keje kah dia?
Free sangat kah dia?
Aku?
Ari2 pon free.
Tapi xde ape dalam kepala.
Blank.
Yang ade ...
hanya
ONLINE SHOPPING!!

Kopak la haku weeeiii...
*insaf*


*gambar xde kena mengena dengan ini cerita*
Sekian.

Friday, May 20, 2011

Misi Mencari Duit..

Salam semua..

Aku sangat malas nak hapdate blog skrg ni sbb haku sedikit bz dengan perniagaan baru,, chewaahh.. macam la bisnes juta2 kan? huk huk..! Sekarang ni aku baru berjinak2 berbisness benda alah ni..

Ehem ehemm..


Ehem ehem lagik.. ;p


** ini handbag saya.. *sukeee*..

~ Ini lah misi mencari duit poket sendiri sekarang, memandangkan aku duk goyang kaki membesar kan body kat umah so aku berjinak2 la dengan bisnes pulak.. Selama ni pon ade gak bisnes tapi kecik2 je.. Ni kira BESOR sket la.. hehe

~ Aku sedang berjinak2 berbisnes handbag Coach sekarang ni. Semua 100% Authentic dr US ye.. Not Immitation! Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan.. Yang paling best, aku wat Easy Payment utk u oll ladiesss, especially housewife cam aku ni untuk bli Installment.. best x? best kan??? xbest pon korang wt2 best jela eh.. huhu..

~ Saje la nk tolong orang2 yg kurang berkemampuan untuk bli cash tapi nak pakai Coach.. yela, kalau housewife la katakan memang sah2 bergantung dengan duit suami bagi je, mane de pendapatan lain kn.. so dgn Easy Payment mcmni, makin ramai la dapat merasa pakai Coach. Jangan xtau ye, customer aku mostly dari orang2 gomen & yg bkerja tau.. Jangan kata yg duk umah je meleleh air liuq nak pakai Coach.. hehe.. Aku ade planning nak jual LV, Gucci & Long Champ pulak.. InsyaAllah.. ;)

~ Eh, ni dah dikira promot perniagaan ke? huhuhu..
Moral of da story, sape nak bli Coach cari aku ye.. kui kui kui..

Wednesday, April 6, 2011

Hantu Berbisik..

Seram x tajuk tuuu?? heeheehee.. *sambil cakar2 dinding*
Huhu.. lama dah aku x hapdate, bila skali skala malas tu datang ( bkn slalu malas ke?? ;p ) memang la 
aku xde ati nak bukak blog.. kdg2 facebook pn aku xlayan juz belek pkai bb je, seminit pas2 off!
Aku lately ni xbape nk sehat.. duk umah manjang & boring tahap tenuk dh..
Teringat la kt dvd yg aku bli dah berkurun brabuk kt dvd rack tu.. so aku dengan ati yg besarrrr punye,
amik & pasang sambung tgk sbb mmg dh lama aku xlayan..

Nak tau citer ape?
Tadaaaa...



Aku mmg addict ngan citer ni sbnarnya..
Aku ade dvd collection citer ni dr season 1 sampai la 
season 4. Orang sume dah tgk season 5, 
aku duk kt season 4 lagik.. huhu
Sebab tu aku dgn penuh semangat
layan balik citer ni.
Nak dekat abes dh season 4 ni, so nnt aku
nk angkat season 5 pulaks!
Jennifer Love Hewitt sangat2 gorgeous dalam
citer ni.
Baju2 dia sume cantek, kena betul ngan dia.
Bile la nk jd kecik molek cmni eh?
huhuhu..
so
Pada korang2 yg layan gak citer ni
aku ucapkan 
selamat berkongsi hobi.
Pada yg xlayan, try tengok skali.
Sure korang suke & nk mengikuti..
Aku serupa tu gk dulu..
hik hik..

** aku ade lg addict ngn citer bersiri cmni.. nanti la aku share ye ;)

Babai

Sunday, March 20, 2011

Fesyen 'Bungkus' Kepala Yuna..


Ni lah fesyen terbaru Yuna.
Ape korang rasa?
Cantek? Stylo?
Yes!
For me memang STYLO tapi xcantek laa..
Sama mcm Niger2 pompuan bungkus kepala..
ye x?
Aku tau fesyen ni still menutup kepala & aurat
tapi aku rasa Yuna lagi manis dengan tudung
ala Hana Tajima.


Aku harap Yuna akan kekalkan imej sopan,
menutup aurat & at the same time still
HOT & STYLO!
She has a BIG name in da industry
& sgt2 berpengaruh di kalangan anak2 muda zaman ini.
Ape yang dia pakai mostly sume nak tiru.
Kira role model, ikon tutup aurat.
Harap2 Yuna lepas ni
fikir balik & maybe boleh cipta gaya bertudung lain,
yang lebih manis..


Ini si cantik Hana Tajima oh!
Bila nak lawa cmni eh?

Thursday, March 17, 2011

Happy Birthday My Dear Luth Harith..

 Birthday Boy..


budak cumeyy..


Luth ngan Papa (hubby aku daa)


Dua tahun yg lalu setelah susah payah, perit jerih (btl ke ayat tuh?huhu)
adik aku merangkap Mama budak kecik cumeyy kt atas tu 
selamat melahirkan dia dan diberi nama
LUTH HARITH.
Dia cucu sulung in my family.
Arini Luth dah 2 tahun, Mummy (aku) & Papa (incik hubby)
mendoakan yg terbaik untuk Alut ( panggilan manja dia..hehe)..
Semoga menjadi anak yg soleh, baik, cerdik
dan berjaya dalam apa jua yang Alut buat ye sayang..
Semoga ALLAH SWT sentiasa 
memberkati Alut.
Jadilah anak yg baik untuk Mama, Abah, Mummy & Papa..
You such a Gift & We are so bless to 
having u in our Life.

p/s : Mama, Abah, Mummy, Papa, Atok, Onni, Aunty Baby, Aunty Nina, Uncle Boy, Uncle Syah, Cu Emeir
LOVE U SO VERY MUCH.. XOXO


 

Malas..


*pic di atas xde kena mengena dgn ini cerita*

Assalamualaikum
Dah agak lama x hapdate ape2 kt blog.
Cik Las dh dtg plus aku xbrape nk sehat sejak dua menjak ni.
Mmg dh musim kn? 
Klu dh panas tu mmg panas terik, klu dh hujan mmg 
xhengat pulak!
Ape2 pn bersyukur atas rahmat Allah bagi.
Klu xpanas kang baju2 xkering pulak yg mne berjemur tu.
Klu xhujan langsung abis la kering tanaman2 kt umah aku n umah korang jugak kn..
Pasal Tsunami melanda Jepun baru ni tu 
aku pn takut nk tgk tp paksa diri tgk jugak.
Kat Youtube mmg byk org upload ms kejadian.
Jadikan iktibar untuk kita semua.
Betapa Dunia ni dah Tua.
Mudah-mudahan xde bnda2 mcmtu berlaku kt 
bumi Malaysia ni.
InsyaAllah.. Aminn..

Friday, February 25, 2011

Tolong Doakan..


Assalamualaikum..
Entry ni tribute untuk Nurnazrina Najib a.k.a Manja yg sedang bergelut dengan penyakit leukimia dan akan menjalani trasplant kali ke-2 dlm beberapa hari lagi.
Dia adik kepada adik ipar aku..
Tolong doakan ye kawan2, semoga Manja pulih..
Amin..

Sunday, February 20, 2011

Mari Mengumpat!



Assalamualaikum..
Mesti korang ingat aku ni dh tumbuh tanduk kt dahi nak ajak korang ngumpat kn?? xde maknanya nak tambah dosa! Yang dh ade pon tak terpikul weii.. Mari kita sama2 muhasabah diri dgn baca entry ky bwh.
Entry kali ni, aku nak share dengan korang pasal MENGUMPAT!

Salah satu sikap buruk yang ada pada manusia adalah mengumpat atau mengatakan perihal seseorang. Ada antara kita terutamanya golongan wanita cukup suka mengumpat.
Setiap hari ada je benda nk diumpatkan dan paling dorang suka bila ia berkaitan dengan rumahtangga atau hal peribadi seseorang.
Kalau yang diumpatkan itu musuh @ org yg dorang mmg xsuka makin semangat la dorang mengumpat smpai atlast tanpa sedar dorang dah tergolong dalam golongan yang melakukan fitnah.

Rasulullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat seperti mana sabda baginda yang bermaksud: ~ Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya. (riwayat Muslim)
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.

~ Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat. (riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibban)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

~ Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri. (riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

~ Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: “Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”.
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.
Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”. Maka Allah menjawab: “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberi kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat kelak.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Aku pun tak terkecuali. Kadang2 kita tak sedar bila kita bercakap perihal orang, walaupun bkn dengan niat mungkin itu jugak jatuh hukum seperti mengumpat.. Astagfirullahalazim..
Ingatlah setiap apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan sama ada ia perbuatan baik atau sebaliknya.

** teringat pada seseorang yg sangat suka mengumpat, mengadu domba & mencanang hal2 orang lain. Berselindung di sebalik jubah & tudung labuhnya, membuatkan orang ingat yg dia tu semulia2 manusia.. Ingatlah, Allah itu selalu ada untuk orang yg dizalimi & teraniaya.. Semoga Allah memberi petunjuk padanya..
Semoga Allah memberi petunjuk & hidayah pada aku sekeluarga jugak supaya dpt memaafkan dia.. but for now... hmmm

Sunday, February 13, 2011

SAY NO TO VALENTINE'S DAY


Love is in the air.

Kenapa masih ada yang sambut Valentine's Day
semata2 nk meraikan hari kasih sayang? Hari2 biasa xboleh ke?
Tepuk dada
bukan tanya selera,
tapi ikut kata hati & fikir secara waras.
Aku taknak la tulis @ copy paste dr incik Google tentang sejarah Valentine's Day ni.
Aku sure ramai di kalangan kita dh tahu .
Aku serah kt kwn2 blogger lain jela klu nak tulis pasal ni.

Maybe ade yg ckp
'poyo ar akak ni, dia dulu pon celebrate jugak'
and the answer is 
YES!
Aku pernah celebrate and most of my teenagers life mmg aku celebrate Valentine's Day.
Tapi sume tu citer dolu2. Masa tengah jahil. Dulu pendedahan tentang benda ni sgt2 la berleluasa.
Sambutan xpyah cakap la.. 
Setiap magazine mesti ade tulis & cover tentang Valentine's Day.
All about roses, what to wear on candle light dinner,
hadiah ape yg sesuai mengikut zodiak..
hahaha 
Bodo kn?
Klu ingt2 kan kelakar jugak.
Saving duit awal2, semata2 nk bg hadiah kt boyfren yang sekarang entah ke mana.
Aku ingat lg masa tu aku still sekolah menengah
baru pndai wat "lucky star" yang kecik2 guna kertas panjang2 tu.
Sure korang tau kn? Sekali hambik ko!
Sampai bengkak jari2 aku ni.
Serious! 
Mana x bengkak, aku buat 1 balang!
Size balang tu lbh kurang tin milo yg 1 kg tu.. hahaha
Sanggup tuh!
Masa tu, sape2 yg x celebrate Valentine's Day kira orang yg x 'up to date' la.. huhu
Kenangan masa aku bersekolah kt satu sekolah ni pulak, on Valentine's Day
ade jualan roses, coklat & kad. Sape2 boleh beli & siap ade delivery ke class2 lagi untuk org yg kita nak bagi tu. Aku sukaaaa sebab aku dpt byk coklat dr secret admirer. Masa tu freshies, saham tengah melonjak tinggi.. time tu jugak aku abiskan mkn kt skolah bagi2 ngan kwn2 yg xdpt & bwk balik utk adik aku jugak.. hehehe..
Aku simpan dalam kotak sejarah aje la kenangan2 sambut Valentine's Day ni.
Tapi pada pendapat peribadi aku, skrg dh x relevan lg dah kita nk celebrate.
Zaman tu dah berlalu.
Pendedahan tentang sejarah & keburukan menyambut benda ni pn dah meluas.
Lebih2 lagi Islam melarang keras sambutannya..
So fikir2kan la ye!

Thursday, February 10, 2011

MARI BELAJOR CAKAK TERENGGANU



Assalamualaikum..
Hari ni adalah hari untuk kita belajar 
bagaimana nak cakak Terengganu.
Ape2 pn layan video ni dulu..
huhu


Haaa ..
dah dengar & tengok sedikit sebanyak
Cikgu Stopa mengajar,
kali ni aku lak nak ngajar korang.
Cakak Terengganu ni ade yg susah nak sebut,
ade yg senang je nak sebut.
Kadang2 sesetengah ayat memerlukan 
cara menyebutnya dengan betul.
Kalau salah sebut maksudnya dah lain..
Haaa..
inilah keunikan.. inilah keunikan
bahasa Terengganu ni.
Kenapa kita blajor cakak Terengganu?
haaa, mne la tau kot2 korang dtg
ke Terengganu,
kot la nak sopping batik sutera
kt pasar payang,
buleh la korang praktik kan ajaran aku ni
supaya harga dia tak la smpai
menjulingkan bji mata korang dan
korang balik smbil hanya menelan bertong2 air liur
sebab xdpt nak beli.. lalala.
Wat ms sekarang aku ajar yg basic je dulu.
Meh kita 
Belajor Cakak Terengganu.

MUNG
maksud : Awak / Kamu
 contoh ayat : Mung gi lah dulu
maksud ayat : Awak pergi lah dulu

KEKGI
maksud : Sekejap Lagi
contoh ayat : Kekgi aku makang
maksud ayat : Sekejap lagi aku makan 

BERAHI
maksud : Suka / Gemar
contoh ayat : Mung memang berahi makang ikang
maksud ayat : Awak memang suka makan ikan
** sila hilangkan ingatan sekejap tentang maksud BERAHI yg 1 lg tuh **  

 DOK
maksud : Tidak / Tak
contoh ayat : Aku dok tau dia kawin doh.
maksud ayat : Aku tak tau dia dah kawin.

DOK ROK
maksud : Tak Larat / Tak Mampu
contoh ayat : Aku ni nok bangung pun dok rok
maksud ayat : Aku ni nak bangun pun tak larat.  

NEBENG
maksud : Melampau
contoh ayat : Mung ni memang nebeng
maksud ayat : Awak ni memang melampau

TEBENG
maksud : Memaksa @ Memaksa Diri
contoh ayat : Aku ni dok rok tapi tebeng jugok gi skoloh.
maksud ayat : Aku ni tak larat tapi paksa diri jugak pegi sekolah.  

Itu jelah dulu pelajaran kita 
buat  hari ni ye murid2..
Esok2 cikgu sambung pulak.
Dalam bahasa Terengganu ni macam yg
korang tau dalam perkataan2
dia mesti ade tambah "G"
kt blakang.
contohnya mcm "ikang", "makang"
dan lain2.
Yang klise2 cmtu aku malas
nak ajar. Korang 
fhm2 sndri la ye.
hehe

Kisah konflik bahasa di sebuah klinik
kesihatan di Terengganu
masa adik aku wt pregnancy check up
 Lepas adik aku kuar dr bilik doc,
misi yg bertugas tu pn panggil dia utk tulis 
kad laporan kesihatan.

Misi : Dik, nak tnya.. ermm, eja HIDUNG ade G ke x?
 Adik aku : Mestilah ade.. xkan nak eja HIDUN pulak.. *sambil tahan gelak*
Misi : bukan ape, kan biasa klu bahasa Terengganu, xde G klu kita sebut jadi ade G
Adik aku : ?????? (hahahahahhaa) 
    

Thursday, February 3, 2011

Vintage Oh!

Assalamualaikum
Korang prasan x lately ramai di kalangan kita2 ni
sedar @ tanpa sedar meminati
fesyen Vintage,
fesyen zaman2 mak nenek kita dlu?
Fesyen from 50's to 80's .
Aku tetiba minat fesyen2 lama ni lepas tengok
gambar2 omputih lama
dan cara mekap dorg dengan eyeliner 
yg tebal mcm tar jalanraya tuh.
hehe
Fesyen ni dh menjadi kegilaan
bukan sja org2 kita ni
tp di seluruh dunia.
Aku pon xterkecuali jugak :)
Mula2 aku beli benda kecik2
dan murah2 dulu..
Cukup2 bajet aku bulan ni je.. hehe
Dan "tanpa sedar"
aku telah membeli benda alah ini.


Casio Iluminator Watch

dan ini jugak


Polka Hoodie Blouse
cantek kn??
hehe
Sebenarnya
aku bukanlah seorang yg
addicted berfesyen ni.
Aku lebih senang pakai
jeans, tshirt & bf checkered shirt.
tapi skali2 tukar style xsalah kn ;)

Ni pulak
Stuff yg aku duk nak sgt
dan masih dalam wishlist
RayBan Wayfarer


Lomo Camera oh!


Polaroid oh! jugak..


Miu Miu Stripes Heel


Flat Leather Shoe

Tu jela wishlist stakat ni,
letak byk2 kang
nak muntah pulak korg
bace banyak menor permintaan
pompuan sorang ni..
huk huk!

InsyaAllah ade rezeki
aku bli la sume2 tu.
Tu pun kalau incik Hubby
cakap
"Ur wishlist is my Command"
huhuhu
Kalau x, aku terpaksa la
menelan2 air liuq dulu ye
dan start saving
oh yeah!

Sunday, January 23, 2011

PERKAHWINAN AYU RAUDHAH & ZAQUAN ADHA

Assalamualaikum..
Entry ni adalah sempena
Majlis Perkahwinan
Ayu Raudhah & Zaquan Adha
baru2 ni.
Actually aku suka sgt tgk muka Ayu Raudhah ni.
Sweet, soft & npk keanak-anakan.
plus dia sgt cantik oh!
Maybe sebab mata dia yg bulat & galak tu
membuatkan wajah dia npk more menyerlah.
Mereka berdua selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz saja. 
Jumlah wang hantaran dirahsiakan ye, atas permintaan kedua-dua pihak. 
Okla cmtukn, xde la nk megah2 cm sesetengah org tu.
Berlumba2 nk showoff hantaran dorang.
please la!
Pada majlis yang serba ringkas itu, 
Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan 
yang kelihatan sgt anggun dengan busana rekaan Man Kajang kaler krim 
menerima mas kahwin RM1,888 
serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.
so enjoy pic2 ni.
*kredit to Beautiful Nara :)



* klu aku lawa cm dia ni pn aku ok je ;p
( agak melampau x? hahaha.. sila muntah sekarang!)



sedap sgt monyet tuh tdo!
kemain lg eh.. haha


* perhatikan kakak si pengantin ye, agak2 cm xsabar
 dh nak naik pelamin gk.. huk huk *


* love this pic! sempoi, sweet & nice *

 ~Semoga Kekal Ke Akhir Hayat ~


Thursday, January 20, 2011

Pamela Anderson Smoky make-up tutorial



Hi sume..
kali ni nk share ngan korg terutama wanita2 kt luar sna 
tutorial make up ni.
Bukan sbb nk nampak cm Pamela Anderson
ye kawang2
juz suka ngn cara dia make up mata ni
soo sexy & gorgeous kn?
Aku slalu usha website dorang utk blajar 
cara2 make up.
As a women biasa la kn sume org nk nampak cantik.
Aku asal je tgk dorang ni mula la giler nk bli make up..
huhu
xcukup ngn tu aku duk tenyeh make up kt muka
berjam2 dpn cermin.
practise makes perfect kn? hehe
Hasil kerja dorang ni sgt2 menakjubkan.
Boleh kata tgn dorang ni ade magic la.
hehe.. 
Nak usha2 blog dorang kt sini

** hepi make up2 frensss.. ;)

Wednesday, January 19, 2011

JOM TENGOK 'KHURAFAT'..


Assalamualaikum..
Semalam aku layan citer yang sedang hangat diperkatakan iaitu
KHURAFAT.
Memang seperti yg dikatakan citer ni mmg best!
coz jalan citer xsama dgn mne2 citer seram yg ade di Malaysia ni.
Di khabarkn setakat ni Khurafat dh berjaya
mengumpul kutipan rm 5 juta dlm masa 5 hari tayangan.
Semalam ramai jugak la cik kak2 yg menjerit2 tengok citer ni.
xkurang ade jugak skali2 suara2 garau cik abg..
hahaha..
Citer ni penuh unsur suspen yang blh membuatkn jantung korg
berdegup kencang.
Aku?
buat pertama kalinya popcorn & ice lemon tea x abes!
hahaha..
berdebar siot!
tapi..
aku xpuas ati ngan ending citer ni
 xtau la korang cner kn.
sorang2 ade pndapat msing2 ;)

Korang layan la trailer citer ni k..


Two thumbs Up
Mr.Syamsul Yusof

** peringatan
Wanita mengandung dan mereka yang mempunyai sakit jantung,

dilarang untuk menonton.
Aku yg xde sakit jantung ni pn blh sakit jantung 
tgk citer ni.. hehe

Friday, January 7, 2011

Pakcik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dh Bersara.


Assalamualaikum..
Korg kenal x pakcik ni?? haaa, setiap umat Islam kt Malaysia ni
wajib kenal pakcik ni.
Haah?? xkenal??
Alaa.. pakcik yg selalu kita nk tgk & tunggu2 buat pengumumam
puasa, hari raya tu la..
haa, dh ingt?

Beliau ialah
Y.M Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Engku Ngah.
Dikhabarkan beliau dah pn bersara kelmarin
07 Januari 2011.
Rasa cm sedih pn ade. Yela, nnt pose & raya thn2 dpn
kita xkn tgk dh pakcik ni yg umumkn.

Dari kecik smpai la sekarang pakcik ni la yg selalu duk umum
bila pose, bila raya kn?
Kdg2 suke dgr slang pakcik ni duk sebut tang
"negeghi-negeghi"
(betul ke aku eja? xpela, korg pun sure biase dgr kn..fhm2 sndri la ye)

Masa budak2 dlu abah aku slalu ckp
klu pakcik ni nk wt pengumumam tgk muke dia btl2.
Klu dia cm senyum2 tu makna nya esok raya la.
Kitorg adikbradik hape lg
duk tenung pakcik ni dalam2 dengan mata berkaca2.
haha

Yang bestnya
untuk menghargai jasa beliau sepanjang 22 tahun memegang
jawatan tersebut,
sebuah dokumentari khas mengenai
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu 
akan disiarkan esok pada 
09 Januari 2011
Jam 6 petang 
di TV 1.
Tengok, jangan x tengok.
Jangan duk ingat nk hadap Anugerah Juara Lagu je malam esok ye.
hehe

** kredit to Bro Framestone atas info ini.. tQ :)

Monday, January 3, 2011

TAG


Salam..
Entry ni adalah dr hasil tagging oleh Incik Luncai semalam untuk aku
join sesama ngan dia kt 

Syarat2-syarat penyertaan :-
~  Blog anda mestilah mempunyai follower kurang daripada 300 orang ( aku?? xpyh ckp le.. klu x, xkn join benda nih.. hik hik..)

~ Buat satu entry yang bertajuk Bloglist Istimewa Untuk Blogger Baru  dan linkkan ke entry ni..
.. baik! dh letak..

~ Tinggalkan Link entry yang telah siap anda di ruangan komen
.. baik! dah link jugak :)

~ Tak wajib jadi follower saya (saya????).. tapi sape2 nk follow tu aku sgt la berbesar ati *wink wink*
.. meh follow meh ;)

~ Tag 3 orang rakan seperjuangan anda
Zadieb Nufael Darin
Miss My Blowie
Miss Idayu Suraya

~ Meminati dunia blogger dan tak sombong..
.. tatak sombong maa.. :)

Sunday, January 2, 2011

Tahun Baru.. Azam lama daaa..


Assalamualaikum.. kum.. kum..
eh eh.. tu citer seram yg Marsha blakon le.. 
xdok kena mengena ngan ini crita ye ;)
Lama rsnya x hapdate blog, malas yg amat lately
(lately je ke?? huhu)
Td br je hapdate psl Allahyarham pelakon Faizal Yusof.
Ajal maut, jodoh pertemuan semua di tgn
ALLAH SWT.
Kita yg masih diberikan peluang bernafas ni kenalah selalu 
beringat2 & saling mengingati.
 Aku ni caring org nya..
ye ye.. dok nawok pong :)

Happy New Year to all Bloggers.
Semoga tahun 2011 ni kita menjadi org yg lebih baik 
day by day.
InsyaAllah.

Selalunya msuk je tahun baru mesti org duk ckp psal AZAM BARU.
Azam baru aku xde tapi azam tahun2 lepas yang 
di carryfoward kn ke tahun ni ade la.
Tak semua apa yg kita nk tu kita akan dapat kn?

And again for this year untuk sekian kalinya
azam aku is getting pregnant & have a baby.
Klu blh nk TWIN sepasang.
hehe
xde la melampau sgt azam aku tu kn..
nk kaver balik yg bertahun2 aku tunggu nk ade baby.
Kawang2 tlg doakan aku ye :)
klu ade sape2 nk rekomen aku tpt berubat pn ok.
Coz aku skrg ni pn still berusaha,
berubat cara kampung & jumpe specialist.
Mungkin belum rezeki kami kot.

Pas2 azam aku jugak nak kembangkan bisnes..
Waahh, bkn bisness yg kembang, last2 aku jugak semakin
berkembang pesat.. cait!
Aku ni xde la bisnes ape pon, juz bisnes on9 kecik2 je.
tp best sgt!
Klu blh one day nk ade premis lak.
Tiap2 tahun duk pikiaq pikiaq (mami penang sudah masuk)
xtau nk bisnes ape yg xnk modal terlalu besar.
xpela, nnt aku usha2 lg..

Azam yg ketiga, nak kurus balik cm dlu..
Uwaaaaa..
agak2 boley ke eh? skrg ni dgn ketinggian yg xbrape nk tinggi
skali tgk mmg aku cm overweight.
BENCI!
BERTEKAD!!
i want my Megan Fox body baccckkkk!
(itu mungkin 10 tahun dulu ye)
skrg ni skali tgk cm Megan Fox branak 5..
lalalala


Azam yg selanjutnya biarla aku je tau.
Malas nk tulis panjang2 (malas lagik) nnt korang bosang lak.
Nnt klu ade la azam2 aku yg tertunai
aku akan share ngn korg k..

Aku doakan jugak azam2 korg sume akan jadi kenyataan.
Kita sama2 usaha ke arah itu ye!

Babai