Thursday, November 24, 2011

Kini Wanita Pun Boleh Kencing Berdiri..

Haaa... tak agak2kan tajuk besor aku tu?? Korang boleh pikir x kalau kita orang pompuan ni nak kencing berdiri?  Alamatnya bercecer2 la air kumbahan korang tu.. tapi.... dengan adanya benda alah ni, korang buleh kencing sesuka ati tanpa batasan, samada tepi jalan kat highway ( kalau agak2 tak tahan ), tepi longkang umah orang ( kalau malu nk pinjam toilet ) atau kat mana2 je korang nak lepas hajat..
-

-

-

-

-

-

-

-
-

-

Taraaaaa...



Ni lah benda alah untuk wanita kencing berdiri.. Rupa dia lebih kurang cencorong minyak skit kan?? Korang tergamak x? Aku..?? oh! no no no.. NEVER!

HUKUM KENCING BERDIRI

~ TIDAK diharamkan seseorang kencing berdiri, terutamanya apabila adanya keperluan. Namun begitu kencing secara duduk itu adalah sunat kerana itulah kebiasaan yang dilakukan oleh Nabi S.A.W. berdasarkan hadith daripada ‘Aisyah R.A.:  

مَنْ حَدّثَكُمْ أنَّ النَّبِيَّ صَلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَبُوْلُ قَائِمًا فَلَا تُصَدِّقُوْهُ ، مَا كَانَ يَبُوْلُ إلَّا قَاعِداً

 

~ Maksudnya: “Sesiapa yang menceritakan kepada kamu yang Nabi S.A.W. pernah kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya, tidaklah baginda kencing melainkan dengan duduk.” (HR al-Tirmizi, dan beliau berkata: “Hadith ini adalah yang paling sahih di dalam bab ini. Hadith ini juga di sahihkan oleh al-Albani di dalam sahih Sunan al-Tirmizi)
 
~ Lajnah Daimah 5/88 (Badan Tetap Fatwa Arab Saudi) apabila ditanya tentang hukum kencing berdiri, mereka menyatakan keharusannya sambil menegaskan sunatnya kencing secara duduk dengan berdalilkan hadith di atas. Seterusnya mereka menyebut:
 
~ “Ini disebabkan (kencing secara duduk itu) ianya lebih terlindung dan lebih terpelihara daripada terkena percikan kencingnya. Telah diriwayatkan hadith tentang keringanan kencing secara berdiri dengan syarat selamat daripada terkena percikan kencing pada pakaian dan badan, dan selamat dari terdedah aurat. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Huzaifah R.A. daripada Nabi S.A.W.:
 
 أنَّهُ أَتَى سُبَاطَةَ قَوْمٍ فَبَالَ قَائِماً 
 
~ Maksudnya: “Adalah baginda (S.A.W.) mendatangi kebun milik satu kaum, lalu baginda kencing secara berdiri.”  
   
~ Hadith ini dengan ucapan ‘Aisyah di atas tidak saling menafikan antara keduanya, ini kerana dari dua hadith di atas dapat difahami Nabi S.A.W. kencing berdiri disebabkan tenpat tersebut tidak memungkinkan baginda duduk atau boleh juga difahami hadith daripada Huzaifah itu menjelaskan kepada orang ramai yang kencing berdiri itu bukanlah suatu perbuatan yang haram. Di samping itu hadith Huzaifah juga tidak menafikan yang asal hukum kencing adalah seperti yang dinyatakan oleh ‘Aisyah R.’anha yang Nabi S.A.W. kebiasaannya kencing secara duduk, dan kencing secara duduk itu adalah Sunnah Nabi S.A.W. yang bukan wajib yang menjadikan haram jika kita tidak melakukannya.”
   
Wallahu a’lam. 

Harimau Sudah Membaham Garuda!


Tahniah diatas kejayaan skuad Harimau Muda Malaysia kerana berjaya menumpaskan si Garuda Indonesia pada perlawanan yang berlangsung semalam di Stadium Utama Bung Karno. Tentunya semua rakyat Malaysia sangat bangga dengan pencapaian mereka memperolehi pingat emas untuk sukan bolasepak Sukan Sea kali ini.. Wahh, sangat formal ye! aillike.. Tentu2 penyokong2 Indonesia makan ati tengok gambar kat atas ni, tp nasihat aku xpayah la makan ati sangat sebab dah terbukti skuad bolasepak Malaysia memang power. Kalau x sedangkan Indonesia boleh tumpas 2 kali dengan Malaysia di gelanggang sendiri.. kau ade?? xde kan?? lempang diri sendiri sekarang cepat!!

Ni antara gambar2 yg aku curik (ampun) dari FB KELAB PENYOKONG SKUAD HARIMAU MALAYA

Kapten Skuad Harimau Muda
Awesome Baddrol

Comel budak Fandi ni.. huk huk

The Great Defender
Muslim 
(pon cute gak..lalala)

Antara penyokong yg menunggu di LCCT

Nahh! amik.. aku bg gambar besor kat korang..
Goalkeeper yg menjadi igauan wanita
kecuali aku.
hahaha.
U did a very good job 
Mr.Apex

Once again Tahniah buat Skuad Harimau Muda Malaysia. Pedulikan kata2 kesat, caci hamun, carut marut penyokong2 indon yang tak bertamadun & tak bermaruah tu. Balanya, 2 orang penyokong mereka maut di stadium & 7 orang lagi cedera. Harap penyokong2 indon lepas ni mengambil iktibar dari kejadian semalam. Apapun yang korang katakan MALAYSIA TETAP HEBAT!! Thats why WE MALAYSIAN LOVE MALAYSIA SO MUCH.. Thanks to all Malaysian jugak yang mendoakan kejayaan skuad bolasepak kita.. Yeayy.. Alhamdulillah..


hahaha.. untuk sesiapa pun yg buat benda alah ni aku ucapkan syabas!










Thursday, November 10, 2011

RUMAH HANTU..


Rumah Hantu.
*heee heee heee*
seram x? 
*wt la bunyi seram korg sndiri*
Habuk berkilo2, sarang labah2..
Hantu setan sure ramai berkampong kt sini.
Akhirnya aku berjaya hapdate blog pkai bb. Yeayyy!!
Atleast kalau kemalasan tahap kronik still boleh hapdate blog
yg ntah pape ni.
Boleh ar aku merapu kat sini.
Rasa mcm genius ahhh  pandai hapdate blog 
pkai bb..
cheewwaaah
Sila muntah hijau.

Sekian.

Test test test

Testing hapdate blog using my bb! Hopefully menjadi la.. Klu berjaya senang nk hapdate slalu sbb aku org paling malas nk mengadap lappy.. Big boss! Ipad satu! Erkk.. Lempang diri sendiri laju2.. Nway today is my Birthday.. Ucap Selamat Hari Jadi untuk diri sendiri cepat! Baik baik.. Hepi bday Diana ☺

Thursday, July 21, 2011

Layan Perasaan.. Annissa oh!

Salam sume..
Fuhh.. kena sapu2 habuk kt blog aku ni..
Manusia paling malas nk hapdate blog
AKU!

xde ape nk tulis pon..
Lately
juz layan perasaan tengok drama
ANNISSA
Ade sape2 tengok x?
Aku xleh la tengok citer cmni..
Emo sehhh!
Mane taknya??
Besfren sendiri kebas laki kita weii..
Huhh..
Malam ni last episode 
so 
aku memang xsabar nk tau endingnya caner.
Poor u Anna :(


p/s : citer ni adaptasi dari novel gak ke? sape tau angkat tangan???

Wednesday, June 15, 2011

Happy Birthday Mr. Hisyam..


Happy Birthday Sweetheart
 
Stay Handsome
Stay Young
Stay Free Hot!!
 
I Love U So Very Much
xoxo

*birthday boy*
boy ke?? huk hukk


Tuesday, June 14, 2011

BLANK BLANK!

Salam
Aku xde idea.
Kadang2 heran..
Caner ade orang ari2 boleh hapdate blog?
Xde keje kah dia?
Free sangat kah dia?
Aku?
Ari2 pon free.
Tapi xde ape dalam kepala.
Blank.
Yang ade ...
hanya
ONLINE SHOPPING!!

Kopak la haku weeeiii...
*insaf*


*gambar xde kena mengena dengan ini cerita*
Sekian.