Wednesday, April 6, 2011

Hantu Berbisik..

Seram x tajuk tuuu?? heeheehee.. *sambil cakar2 dinding*
Huhu.. lama dah aku x hapdate, bila skali skala malas tu datang ( bkn slalu malas ke?? ;p ) memang la 
aku xde ati nak bukak blog.. kdg2 facebook pn aku xlayan juz belek pkai bb je, seminit pas2 off!
Aku lately ni xbape nk sehat.. duk umah manjang & boring tahap tenuk dh..
Teringat la kt dvd yg aku bli dah berkurun brabuk kt dvd rack tu.. so aku dengan ati yg besarrrr punye,
amik & pasang sambung tgk sbb mmg dh lama aku xlayan..

Nak tau citer ape?
Tadaaaa...



Aku mmg addict ngan citer ni sbnarnya..
Aku ade dvd collection citer ni dr season 1 sampai la 
season 4. Orang sume dah tgk season 5, 
aku duk kt season 4 lagik.. huhu
Sebab tu aku dgn penuh semangat
layan balik citer ni.
Nak dekat abes dh season 4 ni, so nnt aku
nk angkat season 5 pulaks!
Jennifer Love Hewitt sangat2 gorgeous dalam
citer ni.
Baju2 dia sume cantek, kena betul ngan dia.
Bile la nk jd kecik molek cmni eh?
huhuhu..
so
Pada korang2 yg layan gak citer ni
aku ucapkan 
selamat berkongsi hobi.
Pada yg xlayan, try tengok skali.
Sure korang suke & nk mengikuti..
Aku serupa tu gk dulu..
hik hik..

** aku ade lg addict ngn citer bersiri cmni.. nanti la aku share ye ;)

Babai

Sunday, March 20, 2011

Fesyen 'Bungkus' Kepala Yuna..


Ni lah fesyen terbaru Yuna.
Ape korang rasa?
Cantek? Stylo?
Yes!
For me memang STYLO tapi xcantek laa..
Sama mcm Niger2 pompuan bungkus kepala..
ye x?
Aku tau fesyen ni still menutup kepala & aurat
tapi aku rasa Yuna lagi manis dengan tudung
ala Hana Tajima.


Aku harap Yuna akan kekalkan imej sopan,
menutup aurat & at the same time still
HOT & STYLO!
She has a BIG name in da industry
& sgt2 berpengaruh di kalangan anak2 muda zaman ini.
Ape yang dia pakai mostly sume nak tiru.
Kira role model, ikon tutup aurat.
Harap2 Yuna lepas ni
fikir balik & maybe boleh cipta gaya bertudung lain,
yang lebih manis..


Ini si cantik Hana Tajima oh!
Bila nak lawa cmni eh?

Thursday, March 17, 2011

Happy Birthday My Dear Luth Harith..

 Birthday Boy..


budak cumeyy..


Luth ngan Papa (hubby aku daa)


Dua tahun yg lalu setelah susah payah, perit jerih (btl ke ayat tuh?huhu)
adik aku merangkap Mama budak kecik cumeyy kt atas tu 
selamat melahirkan dia dan diberi nama
LUTH HARITH.
Dia cucu sulung in my family.
Arini Luth dah 2 tahun, Mummy (aku) & Papa (incik hubby)
mendoakan yg terbaik untuk Alut ( panggilan manja dia..hehe)..
Semoga menjadi anak yg soleh, baik, cerdik
dan berjaya dalam apa jua yang Alut buat ye sayang..
Semoga ALLAH SWT sentiasa 
memberkati Alut.
Jadilah anak yg baik untuk Mama, Abah, Mummy & Papa..
You such a Gift & We are so bless to 
having u in our Life.

p/s : Mama, Abah, Mummy, Papa, Atok, Onni, Aunty Baby, Aunty Nina, Uncle Boy, Uncle Syah, Cu Emeir
LOVE U SO VERY MUCH.. XOXO


 

Malas..


*pic di atas xde kena mengena dgn ini cerita*

Assalamualaikum
Dah agak lama x hapdate ape2 kt blog.
Cik Las dh dtg plus aku xbrape nk sehat sejak dua menjak ni.
Mmg dh musim kn? 
Klu dh panas tu mmg panas terik, klu dh hujan mmg 
xhengat pulak!
Ape2 pn bersyukur atas rahmat Allah bagi.
Klu xpanas kang baju2 xkering pulak yg mne berjemur tu.
Klu xhujan langsung abis la kering tanaman2 kt umah aku n umah korang jugak kn..
Pasal Tsunami melanda Jepun baru ni tu 
aku pn takut nk tgk tp paksa diri tgk jugak.
Kat Youtube mmg byk org upload ms kejadian.
Jadikan iktibar untuk kita semua.
Betapa Dunia ni dah Tua.
Mudah-mudahan xde bnda2 mcmtu berlaku kt 
bumi Malaysia ni.
InsyaAllah.. Aminn..

Friday, February 25, 2011

Tolong Doakan..


Assalamualaikum..
Entry ni tribute untuk Nurnazrina Najib a.k.a Manja yg sedang bergelut dengan penyakit leukimia dan akan menjalani trasplant kali ke-2 dlm beberapa hari lagi.
Dia adik kepada adik ipar aku..
Tolong doakan ye kawan2, semoga Manja pulih..
Amin..

Sunday, February 20, 2011

Mari Mengumpat!



Assalamualaikum..
Mesti korang ingat aku ni dh tumbuh tanduk kt dahi nak ajak korang ngumpat kn?? xde maknanya nak tambah dosa! Yang dh ade pon tak terpikul weii.. Mari kita sama2 muhasabah diri dgn baca entry ky bwh.
Entry kali ni, aku nak share dengan korang pasal MENGUMPAT!

Salah satu sikap buruk yang ada pada manusia adalah mengumpat atau mengatakan perihal seseorang. Ada antara kita terutamanya golongan wanita cukup suka mengumpat.
Setiap hari ada je benda nk diumpatkan dan paling dorang suka bila ia berkaitan dengan rumahtangga atau hal peribadi seseorang.
Kalau yang diumpatkan itu musuh @ org yg dorang mmg xsuka makin semangat la dorang mengumpat smpai atlast tanpa sedar dorang dah tergolong dalam golongan yang melakukan fitnah.

Rasulullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat seperti mana sabda baginda yang bermaksud: ~ Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya. (riwayat Muslim)
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.

~ Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat. (riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibban)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

~ Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri. (riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

~ Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: “Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”.
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.
Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”. Maka Allah menjawab: “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberi kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat kelak.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Aku pun tak terkecuali. Kadang2 kita tak sedar bila kita bercakap perihal orang, walaupun bkn dengan niat mungkin itu jugak jatuh hukum seperti mengumpat.. Astagfirullahalazim..
Ingatlah setiap apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan sama ada ia perbuatan baik atau sebaliknya.

** teringat pada seseorang yg sangat suka mengumpat, mengadu domba & mencanang hal2 orang lain. Berselindung di sebalik jubah & tudung labuhnya, membuatkan orang ingat yg dia tu semulia2 manusia.. Ingatlah, Allah itu selalu ada untuk orang yg dizalimi & teraniaya.. Semoga Allah memberi petunjuk padanya..
Semoga Allah memberi petunjuk & hidayah pada aku sekeluarga jugak supaya dpt memaafkan dia.. but for now... hmmm

Sunday, February 13, 2011

SAY NO TO VALENTINE'S DAY


Love is in the air.

Kenapa masih ada yang sambut Valentine's Day
semata2 nk meraikan hari kasih sayang? Hari2 biasa xboleh ke?
Tepuk dada
bukan tanya selera,
tapi ikut kata hati & fikir secara waras.
Aku taknak la tulis @ copy paste dr incik Google tentang sejarah Valentine's Day ni.
Aku sure ramai di kalangan kita dh tahu .
Aku serah kt kwn2 blogger lain jela klu nak tulis pasal ni.

Maybe ade yg ckp
'poyo ar akak ni, dia dulu pon celebrate jugak'
and the answer is 
YES!
Aku pernah celebrate and most of my teenagers life mmg aku celebrate Valentine's Day.
Tapi sume tu citer dolu2. Masa tengah jahil. Dulu pendedahan tentang benda ni sgt2 la berleluasa.
Sambutan xpyah cakap la.. 
Setiap magazine mesti ade tulis & cover tentang Valentine's Day.
All about roses, what to wear on candle light dinner,
hadiah ape yg sesuai mengikut zodiak..
hahaha 
Bodo kn?
Klu ingt2 kan kelakar jugak.
Saving duit awal2, semata2 nk bg hadiah kt boyfren yang sekarang entah ke mana.
Aku ingat lg masa tu aku still sekolah menengah
baru pndai wat "lucky star" yang kecik2 guna kertas panjang2 tu.
Sure korang tau kn? Sekali hambik ko!
Sampai bengkak jari2 aku ni.
Serious! 
Mana x bengkak, aku buat 1 balang!
Size balang tu lbh kurang tin milo yg 1 kg tu.. hahaha
Sanggup tuh!
Masa tu, sape2 yg x celebrate Valentine's Day kira orang yg x 'up to date' la.. huhu
Kenangan masa aku bersekolah kt satu sekolah ni pulak, on Valentine's Day
ade jualan roses, coklat & kad. Sape2 boleh beli & siap ade delivery ke class2 lagi untuk org yg kita nak bagi tu. Aku sukaaaa sebab aku dpt byk coklat dr secret admirer. Masa tu freshies, saham tengah melonjak tinggi.. time tu jugak aku abiskan mkn kt skolah bagi2 ngan kwn2 yg xdpt & bwk balik utk adik aku jugak.. hehehe..
Aku simpan dalam kotak sejarah aje la kenangan2 sambut Valentine's Day ni.
Tapi pada pendapat peribadi aku, skrg dh x relevan lg dah kita nk celebrate.
Zaman tu dah berlalu.
Pendedahan tentang sejarah & keburukan menyambut benda ni pn dah meluas.
Lebih2 lagi Islam melarang keras sambutannya..
So fikir2kan la ye!