Friday, February 25, 2011

Tolong Doakan..


Assalamualaikum..
Entry ni tribute untuk Nurnazrina Najib a.k.a Manja yg sedang bergelut dengan penyakit leukimia dan akan menjalani trasplant kali ke-2 dlm beberapa hari lagi.
Dia adik kepada adik ipar aku..
Tolong doakan ye kawan2, semoga Manja pulih..
Amin..

Sunday, February 20, 2011

Mari Mengumpat!



Assalamualaikum..
Mesti korang ingat aku ni dh tumbuh tanduk kt dahi nak ajak korang ngumpat kn?? xde maknanya nak tambah dosa! Yang dh ade pon tak terpikul weii.. Mari kita sama2 muhasabah diri dgn baca entry ky bwh.
Entry kali ni, aku nak share dengan korang pasal MENGUMPAT!

Salah satu sikap buruk yang ada pada manusia adalah mengumpat atau mengatakan perihal seseorang. Ada antara kita terutamanya golongan wanita cukup suka mengumpat.
Setiap hari ada je benda nk diumpatkan dan paling dorang suka bila ia berkaitan dengan rumahtangga atau hal peribadi seseorang.
Kalau yang diumpatkan itu musuh @ org yg dorang mmg xsuka makin semangat la dorang mengumpat smpai atlast tanpa sedar dorang dah tergolong dalam golongan yang melakukan fitnah.

Rasulullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat seperti mana sabda baginda yang bermaksud: ~ Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya. (riwayat Muslim)
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.

~ Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat. (riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibban)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

~ Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri. (riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

~ Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: “Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”.
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.
Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”. Maka Allah menjawab: “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberi kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat kelak.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Aku pun tak terkecuali. Kadang2 kita tak sedar bila kita bercakap perihal orang, walaupun bkn dengan niat mungkin itu jugak jatuh hukum seperti mengumpat.. Astagfirullahalazim..
Ingatlah setiap apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan sama ada ia perbuatan baik atau sebaliknya.

** teringat pada seseorang yg sangat suka mengumpat, mengadu domba & mencanang hal2 orang lain. Berselindung di sebalik jubah & tudung labuhnya, membuatkan orang ingat yg dia tu semulia2 manusia.. Ingatlah, Allah itu selalu ada untuk orang yg dizalimi & teraniaya.. Semoga Allah memberi petunjuk padanya..
Semoga Allah memberi petunjuk & hidayah pada aku sekeluarga jugak supaya dpt memaafkan dia.. but for now... hmmm