Tuesday, August 24, 2010

Blackberry Di Haramkan Di Malaysia????

 

Telefon mudah alih atau telefon bimbit menjadi alat perhubungan yang
...terpenting pada masa kini. Ia juga menjadi satu trend bagi masyarakat
seluruh dunia. Tidak hairanlah mengapa syarikat-syarikat pengeluar
telefon bimbit terbesar dunia seperti Nokia, sony, Apple dan lain-lain
syarikat berlumba-lumba mengeluarkan model-model terbaru dengan
pengunaan aplikasi yang lebih mantap. Jika kita lihat pada suatu ketika
muncul cerita mengatakan isyarat gelombang dari telefon bimbit mampu
merosakkan sel otak pengguna. Maka terciptalah alat bebas tangan atau
“handsfree” dan juga “bluetooth” untuk menangani masalah tersebut.

Tetapi kini muncul pula sebuah lagi gajet yang dikenali sebagai
Blackberry, iaitu sebuah lagi model telefon mudah alih dari Kanada.

Lain pula cerita mengenai Blackberry, bukan mengenai mengancam
nyawa tetapi ianya dikatakan mengancam keselamatan negara. Setakat ini
Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah pun mengharamkan
penggunaan dan penjualan Blackberry di negara mereka kerana aspek
keselamatan negara mereka dikatakan boleh terancam disebabkan penggunaan
Blackberry. Pada ketika ini kerajaan Algeria sedang menimbangkan untuk
mengharamkan penggunaan Blackberry di negara mereka.

Kenapa kerajaan negara tersebut mengharamkan pengunaan Blackberry?

-Semua telefon mudah alih menggunakan “local provider” tetapi tidak bagi
Blackberry yang mempunyai “server” sendiri di negara ia dicipta.
Kanada. Jadi segala bentuk perbualan, teks mesej, e-mel dan lain-lain
lagi akan dapat diketahui oleh negara luar. Perkara ini akan mengancam
keselamatan negara sekiranya terdapat perbincangan yang berkaitan dengan
negara dibincangkan dalam talian telefon menggunakan blackberry.

-Jika terdapat benda yang tidak elok pada laman web tersebut sehingga
menimbulkan keraguan kerajaan mereka akan blok tetapi dengan penggunaan
BlackBerry mereka tidak dapat berbuat demikian kerana semua data akan di
masukkan ke server syarikat BlackBerry sendiri jadi mereka tidak bley
blok laman web tersebut. Berbanding telefon bimbit yang lain menggunakan
local provider untuk mengakses.

-Lebih ditakuti oleh mereka ialah komunikasi antara pengebom berani mati
, dengan menggunakan telefon bimbit ini mereka tidak boleh mengesan
perbualan tersebut.

Itulah sebab utama mengapa sesetengah negara mengharamkan penggunaan
Blackberry dan mengatakan ianya mengancam keselamatan negara. Negara
kita Malaysia tidak mengharamkan penjualan dan penggunaan Blackberry
kerana ia dikatakan tidak mengancam keselamatan negara kita.



5 comments:

  1. Cepatlah pakai BB. Malaysia takkan haramkan sbb PM sendiri pon pakai BB. Hehe.

    ReplyDelete
  2. keh keh keh.. insyaALLAH.. will come very2 soon.. ;)

    ReplyDelete
  3. baru rasa nok pakai BB...x jadi lah..demi negara tercinta

    ReplyDelete